Perang Dunia II (kematian) Werner von Fritsch

Batu peringatan diletakkan oleh pihak Jerman di tempat Fritsch meninggal dunia. Ia telah dimusnahkan pada tahun 1944 semasa Pemberontakan Warsaw.Kubur di Invalidenfriedhof.

Sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia II, Fritsch telah dipanggil semula, dan memilih secara peribadi untuk memeriksa garisan depan sebagai "Kolonel Kehormat Rejimen Ke-12 Artileri"[16] semasa pencerobohan Poland, satu aktiviti yang sangat luar biasa bagi seseorang yang berpangkat sepertinya. Pada 22 September 1939, di Praga semasa pengepungan Warsaw, sebutir peluru Poland (samada dari mesingan atau penembak tepat) menembusi arteri di kakinya.[17] Leftenan Rosenhagen, adjutan kepada Fritsch dan saksi kematiannya, menulis dalam laporan rasmi yang asal:

"[...] Pada waktu ini Herr Generaloberst menerima satu tembakan di peha kirinya, sebutir peluru merobek arteri. Serta-merta beliau jatuh. Sebelum saya membuka pendakapnya, Herr Generaloberst berkata: "tolong tinggalkannya", terus tidak sedarkan diri dan mati. Hanya seminit berlalu antara ditembak dan mati."[17]

Fritsch merupakan jeneral Jerman kedua yang terbunuh dalam pertempuran semasa Perang Dunia II—yang pertama adalah komander SS Wilhelm Fritz von Roettig pada 10 September 1939 berhampiran Opoczno, Poland. Oleh kerana Fritsch merupakan jeneral kedua terbunuh dalam pertempuran, kejadian ini diperiksa dengan teliti. Keputusan rasmi adalah beliau sengaja menempah maut. Fritsch menerima upacara pengebumian negara empat hari kemudian di Berlin.

William Shirer merangkumkan upacara ini didalam catatan hariannya bertarikh 26 September 1939.

"Mereka mengebumikan Jeneral von Fritsch disini pagi ini. Ia hujan, sejuk dan mendung – salah satu hari yang paling sukar untuk saya ingat di Berlin. Hitler tidak hadir, begitu juga Ribbentrop, ataupun Himmler, walaupun mereka semua kembali ke Berlin dari medan perang petang ini."

Rujukan

WikiPedia: Werner von Fritsch http://www.armytimes.com/news/2007/07/army_europec... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://www.army.mil/article/11482/darmstadt-garris... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p073593281 http://isni.org/isni/0000000034646046 https://www.amazon.com/Hitler-His-Generals-Hidden-... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb13825440x https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb13825440x https://www.idref.fr/164063498 https://id.loc.gov/authorities/names/n94064563